Monday 25 March 2024

ECRL PEMACU KEMAJUAN PANTAI TIMUR

 
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer bakal menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
 
Sebagai sebuah infrasturuktur nasional, ECRL akan menghubungkan bandar raya dan bandar-bandar serta menaik taraf sistem pengangkutan awam dengan rangkaian relnya.
 
Dengan kelajuan 160 kilometer kereta api penumpang ini dianggarkan akan menjadikan masa perjalanan lebih kurang empat jam dari Kota Bharu ke ITT Gombak. la akan memendekkan masa perjalanan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
 
Projek ECRL akan merevolusikan infrastruktur pengangkutan di Kelantan dan Malaysia secara keseluruhan.
 
ECRL juga dijangka akan memacu aktiviti komersial, menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan merangsang aktiviti pelancongan di sepanjang rangkaian relnya. Ia meningkatkan pembangunan ekonomi di Pantai Timur, serta meningkatkan integrasi serantau dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di persada dunia.
 
Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2027. Rangkaian kereta api ECRL ini bakal menjadi pengangkutan alternatif kepada rakyat Pantai Timur bagi mengurangkan kesesakan terutamanya sewaktu musim perayaan.